PRODUK KIPER MEMBANTU MENGATASI MASALAH TULANG BELAKANG DAN LENGUH BAHU

Tidak dinafikan pada hari ini dianggarkan dalam 80% golongan dewasa yang ada mengalami maslaah sakit belakang. Ini selalu dikaitkan dengan posisi ketika duduk dengan cara yang tidak betul. Untuk mengatasi masalah sakit belakang yang dialami beterusan, kita perlulah mencari alternatif  bagi merawatnya. Selain daripada pengambilan ubatan adalah disyorkan kita menggunakan produk yang dapat mengurangkan dan merawat kesakitan yang kita alami.
Dan saya berkesempatan menemui Master Dato' Dr. Chris Leong pakar penetapan tulang terkenal di Malaysia di majlis pengenalan produk Kiper. Untuk pengetahuan semua Kiper sebuah jenama yang mempunyai kepakaran dalam mencari solusi berkaitan dnegan isu-isu sakit belakang. Syarikat ini telah bekerjasama dengan pakar dalam bidang sakit belakang dan seterusnya membangunkan produk yang boleh mengurangkan kesakitan dan paling penting produk yang diperkenalkan dijual pada harga yang sangat berpatutan.
Kenalkan Mr Jon Lai Pengasas Kiper Sdn Bhd bergambar bersama dengan Master Dato' Dr Chris Leon di satu majlis pelancaran produk Kiper iaitu Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials dan Pembetul Bahu Kiper Essentials.
Di sebelah kiri adalah Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials. Manakala di bahagian kanan adalah Pembetul Bahu Kiper Essentials. Kedua-dua produk ini dapat membantu menegakkan bahagian atas dan bahagian bawah belakang serta bahu.
Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials direka dengan rekaan yang lebih ergonomik, memberi keselesaan posisi ketika duduk dengan memberi sokongan serta melegakan tulang belakang.
Untuk Pembetul Bahu Kiper Essentials ianya merupakan produk pembetul bahu yang pertama direka oleh Pakar Ortopedik di Malaysia. Ianya sangat membantu memperbetulkan bahagian bahu ke posisi semulajadi dan juga dapat menghalang pembongkokkan perlaku.
Biarpun kedua-dua produk ini direka untuk kegunaan bersama. Namun ianya boleh digunakan secara berasingan. Bergantung kepada keselesaan dan kehendak pengguna.
Master Dato' Dr Chris Leon juga telah menunjukkan cara penggunaan kedua produk ini serta jenis aktiviti atau senaman yang boleh dilakukan. Ianya perlu dilakukan secara konsisten 15 minit setiap hari dan boleh dilakukan di mana sahaja kita berada.
Antara senaman/workout yang boleh dilakukan dengan produk ini seperti :-
  • Arch style
  • Tip Toe
  • Marching
  • Waist Twist
  • Paddle Style
  • Head Tilting
  • Rearward Arm Stretches
  • Rowing Boat
  • Diver Pose
  • Gravity Pull

Selain itu kami juga berpeluang mendapatkan urutan CLM (Chris Leong Method) di sini. Memang best rasa tubuh badan selepas ditarik di bahagian tertentu. Segala lenguh dan sakit sendi semuanya boleh hilang tau. Sehingga kini terdapat hanya 2 cawangan CLM yang terletak di Lembah Klang.
Pendakap Bahagian Bawah Badan Kiper Essentials didatangkan dalam beg yang sangat praktikal. Jadi mudah untuk kita bawa ke mana sahaja.
Bila dibuka ianya adalah seperti gambar di atas. Jadi jika kita tidak menggunakannya, hanya tutup dan zip sahaja.
Setelah saya menggunakan dalam 8 hari secara konsisten sekurang-kurangnya selama 15 minit. Dan saya juga ada melakukan beberapa workout/senaman ringkas seperti yang disyorkan. Saya dapati masalah sakit di belakang badan memang berkurang. Jika dulu saya sering terasa lenguh di bahagian bahu dan belakang, kini kesakitan itu semakin berkurang.
Tip-Toe. Dengan mengangkat kaki kiri dan kanan sevara bergilir-gilir. Perlu dilakukan dalam 8 kali.
Waist Twist. Ke kiri dan kanan dalam 10 kali.
Head Tilting. Bengkokkan kepala kiri dan kanan dala 5 kali.
Diver Pose. Tangan perlu ke belakang, tengah dan hadapan. Sebanyak 5 kali.

Paddle Style. Gaya seperti mengayuh basikal. Perlu lakukan dalam 10 kali.
Terdapat banyak lagi cara workout/senaman ringkas boleh dilakukan bersama produk Kiper. Apa yang penting bagi mereka yang ada mengalami masalah sakit belakang dan bahu boleh mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Ternyata senaman yang betul dengan produk yang memang direka khas oleh Pakar Ortodik antara solusi yang boleh diambil bagi mengelakkan kita merasai kesakitan belakang seumur hidup.

Keterangan lanjut boleh layari:-